Rumah Terbuka Sir Anuar


Sabtu, 10 Oktober 2009.

Sabtuday yang lalu aku ngan muka tak tau malu telah mengikut Warf, Edy, Kame, Sam dan dak-dak marketing yang lain ke umah terbuka lecturer bagi subjek Issue depa iaitu Sir Anuar(semester ni aku tak amik lagi subjek ni)…peduli apa aku, janji aku kenyang. Wat kering sudey!!! Kedatangan kami suma telah disambut mesra oleh Sir Anuar…dia siap tunggu kat luaq umah lagi tuk menyambut kedatangan kami(sebenaqnya kami tak tau umah dia yang mana satu, dia takot kami tersesat pasal tu la dia tunggu kat luaq umah). Turun ja dari kereta, dak-dak laki bersalaman dan bergurau dulu ngan Sir Anuar manakala dak-dak pompuan terus dijemput masuk kedalam umah…masa aku bersalaman ngan Sir Anuar dia dah start usya aku pelik ja tapi aku wat slumber cam tak da apa-apa.

Masuk ja kami kedalam umah aku tengok dah ada 2-3 orang tetamu yang aku tak kenal sampai dulu daripada kami…sumanya pompuan. Ruang tamu umah Sir Anuar agak kecik so sempit gak la tuk memuatkan jumlah kami yang agak ramai ni tapi still lagi ada ruang tuk kami bergerak…tak da la padat sangat. Aku tengok kat atas meja dah tersedia ngan pelbagai hidangan yang mampu membuncitkan perut kita…antaranya macam nasi tomato, laksa dan gak mee goreng. Selepas Sir Anuar menjemput kami tuk makan, meja terus diserbu oleh manusia-manusia yang kebuluran seperti di Somalia…aku control steady ja cam besa, wat-wat tak lapaq walaupun perut aku ni memang lapaq sangat-sangat dah. Imej kena jaga beb…lapaq cam na skali pun jangan la tunjuk sangat yang diri tu kebuluran.

Pas meja dah lengang sikit dari manusia-manusia yang kebuluran aku pun mula mengatur langkah tuk mengambil makanan…sasaran aku adalah nasi tomato. Lapaq beb!!! Dari pagi kira dok telan ayaq kosong ja sampai perut pun dah jadi kembong…mana leh tahan. Peh sedap jugak nasik ngan sambal ayam dia…nak-nak plak layan ngan nugget yang ada, lagi masyukk!!! Kame sampai 2 kali tambah…aku pas dah tibai abis nasi tomato tu aku balun mee goreng plak. Pas tu tank aku dah tak mampu tuk menampung sebarang lagi muatan coz dah full…lain r perut lembu Warf, dia ada 4 ruang tuk isi makanan. Wakakaka…pas tu aku just lepak sambil-sambil layan ayaq tebu. Fuyooo!!!! Fresh tol ayaq tebu dia…memang best r.

Ngah syok aku dok layan ayaq tebu tiba-tiba segerombolan tetamu yang tak dikenali muncul…cis potong stim tol, tak leh tengok orang senang sikit!!! Disebabkan ruang menjadi semakin sempit kami terpaksa melingkup awai tuk bagi ruang kepada tetamu yang baru tiba ni…nasib baik la aku dah abis makan, kalo tak mesti aku kena tinggal punya. Huhu…sblom blah sekali lagi kami bersalaman ngan Sir Anuar, Warf siap wat aksi gay lagi ngan peluk Sir Anuar(tektik nak dapat A la ni). Hahahaha...

4 comments:

Wafiy said...

woitt..aku plok die bkn sbb nk dpt A la.haha siot..
pape pn mkn mmg best!!
cume aku x dpt penuhkn ruang prot aku coz bdk2 laen dtg bduyun2..haish..

azmiramin said...

abis tu sebab apa hg peluk dia?siap raba2 pungkoq lagi...wakakaka.perut hg kan ada 4 ruang so sebab tu la lambat kenyang...perut lembu la katakan.moooo...

Sir Marcello said...

warf mmg nak markah lebih!!!

pic kedua...mmg cun...gaya aku tampak cool..

azmiramin said...

hahaha...tp y pling cool bdk y pakai spek mata tu la.wakakaka...

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates