Malam Malang Buatku


Buat pertama kalinya semalam aku main badminton tanpa mencatatkan sebarang kemenangan...aku bukan sahaja setakat mengalami kekalahan malahan aku turut mengalami kecederaan. Semua ni gara-gara aku salah landing selepas aku melompat untuk membuat pukulan balas...masa landing tu kaki aku terkepak dan seterusnya menyebabkan aku jatuh. So hangpa bayangkan la betapa sakitnya kesakitan yang aku tanggung ketika tu...huhu. Tapi kesakitan yang aku alami tu tak menghalang aku dari meneruskan game yang masih lagi berbaki...aku menguatkan diri aku tuk melawan kesakitan yang aku alami tu bagi menghabiskan game tersebut. Ketika game diteruskan aku merasakan bahawa kesakitan aku menjadi semakin berkurangan...sedikit kelegaan dihati aku coz aku pikir kecederaan yang aku alami tu tak la serius sangat.

Namun begitu apa yang aku pikirkan nyata semuanya meleset belaka...malam tadi aku tak boleh nak tidoq coz kaki aku berdenyut-denyut. Sakitnya hanya tuhan saja la yang tau...aku bangun gi bilik Carlos cari minyak panas tuk bubuh kat kaki aku. Pas aku dah sapu minyak panas tu kat kaki, aku masuk bilik tuk tidoq tapi still tak leh tidoq gak coz kaki aku still lagi rasa sakit. Skali lagi aku bangun tapi kali ni bukannya mencari minyak angin...kali ni aku bangun telan ubat batuk Abang Kame yang ada kat atas peti ais tu. Pas aku telan ubat batuk tu baru la aku leh tidoq...ngah ari tadi aku bangun kaki aku menjadi semakin sakit dan membengkak. Halamak ni dah serius ni!!! Nampak gaya nak kena gi urut ni...ada sesapa tau tak kat mana leh urut kaki dikawasan Arau ni? Aku dah tak sanggup tuk menanggung kesakitan ni lagi. Tolong la aku!!!


7 comments:

Sir Marcello said...

men xajak siot....ada blah2 hang...dulu junior aku kata kat area2 gate depan uitm tue...tanya2 lah kat bang chik tue...

nie mesti kes dah masuk angin...tue pasai berdenyut2

azmiramin said...

skunk ni kaki aku dah msk angin keluaq asap...wakakaka.

EPAR said...

lain kali.. berhati2 la ye.. :)

Sir Marcello said...

hahaha...ko tak warming up kot? aku nie pun dah mula cramp2 kaki nie...dah lama tak bersukan...so aku nak start balik men sukan...

jom kita men badminton bila free nanti?

azmiramin said...

aku dah wat la warming up tp benda nk jd nk wat cam na kan?benda ni knnya leh jangka pn...kalo nk jd kita wat la apa pn dia tetap jd gak.huhu...t aku nk men aku ajak hg.hg sponsor shuttle la kalo nk men...wakaka.

Sir Marcello said...

hah bila nak men? sponsor raket tuk aku...shuttle nak bli kat mana? jenis apa angpa guna?

azmiramin said...

raket kami ada cukup2 ja...xda lebih.shuttle kami guna cap ayam ja...duit xda nk beli y mahal.hahaha...

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates