Seminar Green Marketing





17 Oktober iaitu pada Sabtuday ari tu aku telah dijemput oleh Edy, Sam dan Carlos tuk menghadiri Seminar Green Marketing anjuran dak-dak Environmental Marketing kat LT 5. Memandangkan Edy, Sam dan Carlos turut amik subjek Environmental Marketing ni so secara tak langsung depa turut terlibat ngan seminar ni. Pasal tu la depa jemput aku gi seminar ni coz aku tak amik lagi subjek ni…turut menjadi mangsa adalah Warf dan jugak Kame yang amik subjek Relationship Marketing(2 subjek ni merupakan subjek pilihan, so student kena pilih nak amik subjek yang mana satu). Depa nak kena capai sebanyak 70 orang peserta untuk dapat markah lebih…so nak tak nak aku kena la pi gak coz kesian kat kawan punya pasal. Lagipun depa kata ada makan-makan so kalo aku pi secara tak langsung leh la jimat sikit. Hehe…

Pada ari kejadian tu aku bersama-sama ngan Warf dan gak Kame terlewat untuk ke seminar ni…kol 9 lebih baru kami pi. Masa kami sampai suma orang dah masuk coz VIP yang di jemput dah sampai…so kami terpaksa lepak kat luaq dulu la sebagai menghormati VIP yang sampai dulu daripada kami. Nanti kalo kami masuk orang kata kurang ajaq atau kurang sopan plak…lagipun kami takut kalo mengganggu majlis perasmian plak nanti. Tak lama pas tu Tibet kuaq dan dia suruh kami masuk…dia kata majlis perasmian dah abis. Aku pun apa lagi, masuk je la…duduk dalam sejuk la sikit coz ada air-cond. Aku ingat pas perasmian di buat majlis akan terus tamat dan terus start seminar, tapi rupa-rupanya tak coz pas tu ada sesi yang paling membosankan iaitu sesi untuk VIP membebel…isu yang dibebelkan adalah pasal alam sekitar kita la coz dah nama subjek ni pun Environment Marketing kan, takkan la nak cita pasal politik plak. Nanti tak pasal-pasal seminar ni kena banned plak. Wakaka…

Pas sesi membebel tamat majlis diberhentikan buat seketika untuk memberi laluan kepada minum pagi…menu yang disediakan cam besa r mihun goreng dan juga kuih ngan teh panas. Aku kuaq sedikit awai iaitu dalam 10-15 minit sebelum majlis berhenti coz perut aku lapaq sangat…lagipun aku bosan dengaq bebelan yang disampaikan oleh VIP yang berkenaan coz dia dok baca slide kat depan, tak da skill langsung. Pas minum pagi selesai maka seminar pun bermula…6 kumpulan akan membentangkan produk mesra alam masing-masing. Aku tengok jumlah peserta yang masuk balik lepas minum pagi sedikit kurang berbanding masa majlis perasmian tadi…mungkin depa suma pikir seminar ni agak membosankan pasal tu la depa blah. Kalo nak ikutkan aku pun memang nak blah tapi tak jadi coz ada makan free ngah ari nanti, kalo aku blah sia-sia ja la…hahahaha.

Seriously aku cakap yang aku tak dapat apa-apa pun ilmu dari hasil pembentangan kawan-kawan aku kat seminar ni coz aku asyik dok main ja kat belakang. Tapi seminar ni wat aku sedar akan sesuatu iaitu kebanyakkan produk-produk yang mesra alam ni agak mahal, so macam mana la orang nak beli? Seminar ni gak secara tak langsung telah wat aku tuk berpikir akan hal alam sekitar kita ni…bumi kita ni dah semakin nazak akibat kejahilan kita suma memusnahkan alam sekitar. Semuanya atas kerana nama pembangunan dan juga kerana sekeping kertas yang dipanggil duit. Dunia lebih mementingkan kebendaan berbanding manjalankan tanggungjawab yang di amanahkan-NYA kepada kita. Hmmm…akhir kata dari aku, kekalkanlah keindahan alam sekitar yang dianugerahkan-NYA. KEEP THE WORLD GREEN!!!!

2 comments:

Sir Marcello said...

mmg aku tak dapat ape2 pun...aku dah agak dari awal lagi..but nie seminar member2 yang buat...so aku pi lah jugak...walaupun hari sabtu aku dah gazetkan hari aku nak membuta...

azmiramin said...

hahaha...sekurang2nya kita dpt mkn free.aku dok kat umah pn tak tau nk wat apa.kalo gi seminar leh gak dok merapu ngan geng2 kita...cuba hg tengok gambar ke-4 tu.aku d jadikan tebusan.wakakakaka...

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates