Sekali Salah Antar Mesej Daa!!!

Hangpa penah tersalah antar mesej kat orang tak? Nak-nak pula mesej tu wat kita malu sindri…mesti penah kan? Beberapa ari lepas aku ada nak bagi hadiah kat sorang minah yang aku minat ni…pada awainya aku rasa cam nak batalkan ja niat aku ni coz aku rasa cam kekuatan aku tuk berhadapan ngan dia yang aku minat ni semakin ilang dari diri aku ni…maybe pasal nervous kot. So tuk menghilangkan rasa nervous dan mengembalikan kekuatan aku ni semula aku pun mesej la sorang kawan aku ni pada sebelah petang tu tuk mintak khidmat nasihat dari dia. Setelah aku mendapatkan khidmat nasihat dari kawan aku ni aku pun mula berkeyakinan semula tuk berhadapan ngan dia yang aku minat ni dan secara tak langsung dapat la aku bagi hadiah tu kat dia.


Pada sebelah malamnya tu aku pun mesej la si dia yang aku suka ni mengatakan yang aku nak bagi hadiah kat dia…dia pun bagi green light tuk berjumpa ngan aku, kami berjanji berjumpa kat depan umah dia. Masa nak pi jumpa dia tu aku rasa cam nak pengsan ja tapi aku kuatkan gak diri aku ni. Huhu…aku tunggu kat depan umah dia ngan penuh debaran. Masa dia keluaq dari pintu umah(memang la keluaq ikut pintu, takkan ikut tingkap kot)aku tengok dia rasa cam nak luruh ja jantung aku tapi aku berpura-pura steady dan cool cam besa. Masa berhadapan ngan dia aku jadi blur tak tau nak cakap apa…aku pun berdoa didalam hati, “ Ya Allah tolonglah hambamu yang lemah ini tuk berhadapan ngan situasi ni”.


Pas tu apa yang terlintas didalam kepala hotak aku ni aku keluarkan ja sebagai modal tuk aku berbicara ngan dia…apa yang aku cakap kat dia malam tu pun aku tak ingat coz apa yang aku cakapkan kat dia tu pun aku tak tau. Sumanya terjadi cam aku berada dalam keadaan separuh sedar…suma cam cepat sangat berlaku. Aku tak cakap banyak pun ngan dia coz aku takut cakap banyak-banyak nanti takut aku mengarut plak. Lagipun time tu agak lewat gak la, dah la aku berdua ja ngan dia…nanti tak pasal-pasal aku kena tangkap basah plak. Huhu…badan aku pun dah mula seram sejuk cam nak demam ja coz terlalu nervous, kalo cakap lama-lama nanti aku takut darah gemuruh aku ni semakin menjadi-jadi.



Pas dah bagi hadiah tu kat dia aku pun blah dari situ…pas dah blah tu aku merasakan sistem badan aku kembali berfungsi seperti sedia kala. Aku rasa lega dan lapang sangat, rasa puas cam baru lepas berak. Pas tu aku taip la satu mesej kat kawan aku yang aku mesej petang tadi ni tuk bagitau kat dia yang aku dah bagi hadiah tu kat si dia yang aku minat ni…pas dah taip mesej tu aku pun send la mesej tu dan aku pun tunggu dia balas mesej aku tu. Setelah agak lama aku menunggu kawan aku ni still tak balas-balas mesej aku …aku pun try la check tengok mesej yang aku antar tu kot-kot tak sampai.


Halamak!!!! Aku salah antar da…aku terhantar mesej tu kat si dia yang aku suka. Aduh, ni la masalahnya kalo berada di alam angau ni!! Nak antar mesej kat orang lain gi antar kat si dia plak...dia siap antar mesej gelak perli kat aku lagi. Aduh, malunya aku!!! Rasa cam aku ngah berbogel di khalayak ramai ja…huhu. Mesej yang aku antar tu berbunyi lebih kurang cam ni la, ‘Woit!!! Aku dah bagi hadiah tu kat si dia’. Arrrggghhh!!! Pasai apa la aku sengal sangat? Ntah apa la si dia pikir pasal mesej yang aku tersalah antar tu? Kat bawah ni aku senarai beberapa kemungkinan yang mungkin sedang bermain-main di fikiran si dia skunk ni.
  1.   Aku merupakan orang tengah atau balaci kepada kawan aku yang mintak aku bagi hadiah tu kat dia. Maknanya kawan aku ni minat kat dia la.
  2. Aku cuba menipu dia ngan amik hadiah dari kawan aku tuk bagi kat dia. Maknanya  aku balas atau amik hadiah kawan aku pas tu bagi kat dia.
  3. Ada makna tersirat atau motif tertentu aku bagi dia hadiah tu. Maknanya aku ada konspirasi disebalik pemberian hadiah tu.
  4. Dia tak pikir apa-apa pun. Maknanya dia tak amik kisah pun pasal mesej tu, aku ja yang pikir lebih-lebih.
  5. Tak da satu pun jawapan kat atas yang betol. Maknanya tak da makna pun.

Ingin aku jelaskan disini bahawa hadiah tu memang merupakan hadiah dari aku tuk si dia…walaupun hadiah tu tak seberapa namun aku memang ikhlas bagi si dia hadiah tu dan ingin aku tegaskan bahawa tiada sebarang konspirasi disebalik pemberian hadiah tu. Aku harap dengan penjelasan aku ni si dia akan paham situasi yang sebenarnya. Aku betol-betol serius ngan si dia…aku tak main-main ni. Aku harap si dia dapat berikan aku satu peluang tuk aku lebih mengenali dia…tapi kalo tak dapat pun tak pa, sekurang-kurangnya aku masih dapat berkawan ngan si dia. Kata orang jika si dia tak dijadikan tuk kita pada hayat ni, si dia mungkin akan dijadikan tuk kita pada hayat yang akan datang…ni kata orang la kannya kata aku, so aku tak tau la samada tol ka tak. Maybe kata-kata ni dicipta semata-mata untuk menyedapkan hati yang terluka…sapa yang tau kan? Cis terjiwang la plak!!! Jatuh r reputasi aku sebagai seorang pengebom berani mati. Arrrrggghhhh tidakkkkk!!!!!!!!

5 comments:

big said...

style la u...gentlemen sgt2..its ok yg pnting ati kita puas kalo xdpt pn kn...nk nasihat sket ni..kurang kn sket neves 2 k..wat bese2..b gentle n macho..mesti pompuan suke..gd luck 2 u...

Anonymous said...

silaka lah lu...entry jiwang plak...btw...salute!! xramai beb berani macam lu...even me pun tak mampu...

btw..dun think too much...

and once again..bullshit to u MR. Jikara (Jiwang Karat)...hahaha

azmiramin said...

wana:suka apanya?awai2 lg aku dah kena reject...waaaa.tp aku still happy coz kami still leh jd kwn w/pn xleh jd couple.tp dlm masa yg sama aku still sukakan dia smpai ke ari ni...huhu.love make me sick!!!

bruno:sememangnya hg jeles ngan kejiwangan aku ni coz hg xda org y nk d jiwangkan...hahaha.

Tibet a.k.a Sycospeak said...

bleh dapat kotak pejabat la cita lu ni

azmiramin said...

hahaha...gua blom bercadang nk adaptasi cita gua ni ke dlm bentuk movie.modal xda ma...kalo lu nk tlg buatkan gua xda mslah.untung kita bagi40-60.okey???

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates