Nasib Di Hujung Tanduk


Petang tadi kira-kira dalam pukul 2.20 aku tumpang motor Carlos yang nak gi kelas agar aku dapat jumpa Puan Rozi setelah aku menangguhkannya dari minggu lepas lagi...sesampainya aku di bilik Puan Rozi jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Aku ketuk pintu bilik Puan Rozi dan memberi salam...dia menjawab salam aku dan seterusnya menjemput aku masuk dan duduk. Blom pun panas bontot aku kat kerusi tu Puan Rozi dah mula tanya sebab apa aku tak penah gi kelas tuk 3 subjek pada sem ni. So aku pun buat-buat la muka bersalah dan dalam masa yang sama pala otak aku ligat dok pikir nak bagi alasan apa...takkan la aku nak gitau sebab sebagai protes aku kat dia. Tu gila namanya!!!!

10 saat kemudiannya aku dapat point tuk pertahankan diri aku...aku gitau dia yang aku ada masalah transport. Pas tu blom pun sempat aku nak sambung ayat aku yang seterusnya dia dah start membebel. Bila dia dah start membebel aku pun diam ja la...aku dah jadi malas tuk pertahankan diri aku walaupun lepas tu dia ada tanya aku gak beberapa perkara. Aku tadah telinga ja dengar walaupun aku tak paham apa yang dia katakan...tapi apa yang pasti dia kata aku tak sedaq diri. Tu je la yang aku dengaq...yang lain-lain tu aku tak tau dia kata apa coz pala otak aku dah start melayang pi ke lain.

Setelah agak lama dia membebel dia pun brenti dan menyuruh aku isi borang apa ntah...aku pun tak tau borang apa coz aku pakai main isi ja, tak baca pun borang apa. Maybe dia dah naik bosan tuk membebel kat aku kot coz aku diam wat tak tau ja dari tadi. Pas aku dah isi borang tu dia gitau aku yang aku mungkin akan di bar dan seterusnya aku maybe dibuang dari UiTM tuk selama-lamanya. Aku diam ja tak bagi respon apa-apa pun cam manusia yang tak ada perasaan. Pas tu dia bagi aku 1-2 nasihat lagi dan aku cam besa la tetap diam ja. Tepat jam 3 petang dia suruh aku blah...maybe dia dah naik meluat ngan aku kot. Aku pun blah la gi library ngan 1001 persoalan di benak aku coz aku tak amik tau pun apa yang diperkatakan oleh Puan Rozi. Antara persoalan yang bermain-main di fikiran aku skunk ni cam, "Dah konfem ke aku ni dah di bar atau nak kena tunggu depa meeting dulu coz aku ada isi borang tadi?" dan "Aku still student UiTM lagi ke skunk ni?". Mmmmm...pening tol aku. Kalo tak konfem lagi pun aku rasakan nasib aku bagaikan telur dihujung tanduk je skunk ni...huhu. Aku hanya mampu tunggu dan lihat je la selain berserah kat Allah.


6 comments:

Tibet a.k.a Mr Wiki said...

i look..i look..i see..i see

azmiramin said...

peh!!!mendebarkan tol...

Sir Marcello said...

hahaaha padan muka ko...macam xda harapan dah...kekkee...hehee jgn marah...

nie aku nak tanya..ang nak belajaq kat UiTM lagi ka taknak? ya atau tidak~~

azmiramin said...

aku just nk blaja ja...tp aku tak tau samada kat uitm or kat tempat lain.

Sir Marcello said...

kat uitm r...mana lagi..hengat u len or ipts nak tolong hang tanpa duit pengajian ribu2 raban?

rilek beb...mmbr aku mc cool n steady xabis diploma agi...status dia mc student...

Tibet a.k.a Mr Wiki said...

mcm aku kata..kalau xminat kot ni hg cr kot len la..p mintak jadi medical asistant ka..ortopedic yg simen kaki patah ka..blajaq 2 tahun ja..makan minum suma ada..elaun 600 sebulan..kelas sket amali lebih..time 2 hg mmg xpayah nak risau2 yuran..yuran xkena pun..janji pas 2 hg kerja dgn gomen

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates