Hari Raya Aidilfitri


Lagi beberapa hari lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri...aku yakin suma orang skunk ni ngah berada dalam mood raya. Yang kat bandar skunk ni dah ada kat kampung, yang ngah blaja skunk ni dah start ponteng kelas semata-mata nak balik awai...perhentian bas mula sesak ngan manusia, jalan plak mula sesak ngan kenderaan yang berlumba-lumba nak balik ke kampung. Aku sorang ja yang still tak da perasaan apa-apa lagi...maintain slumber rock ja cam besa. Orang kata raya ni kita kena bergembira sebagai tanda meraikan kemenangan kita setelah sebulan berposa. Tapi bagi aku cam na nak gembira kalo suma orang yang aku sayang dah tak da kat duniya ni? Raya bagi aku dah tak dak maknanya dah sejak 14 tahun yang lalu.

Sejak ayah aku meninggal pada tahun 1995, perkataan raya sedikit demi sedikit hilang dari kamus idop aku...hari raya dah jadi cam hari-hari besa kat aku. Tuhan 1996 merupakan raya pertama yang disambut tanpa ayah aku disisi. Raya tahun tu hanya disambut secara sederhana saja...1st day raya aku tak gi raya mana-mana pun, terperap kat bilik dok melayan perasaan aku. Aku ngan ayah aku memang rapat...pasal tu la pas dia meninggal aku lebih banyak terperap kat umah ja coz aku tak tau nak pi merayau mana. Selama ni aku banyak ikot ayah aku ja, pantang dia nak kuaq sikit aku mesti ikot...nak gi mana-mana pun dia la yang bawak. Nak gi kedai beli gula-gula ka, nak gi playground ka suma ayah aku yang bawakkan coz kalo nak suruh mak aku memang susah sikit coz dia tak reti bawak motor lagi time tu.

Pas ayah aku meninggal baru la mak aku reti bawak motor coz tamparan idop telah memaksa dia tuk belajar...belajar tuk berdikari. Jika tak selama ni sumanya ayah aku yang watkan...mak aku just kena jaga hal urusan umah tangga ja. Tapi pas ayah aku meninggal, mak aku la yang jadi mak dan mak aku jugak la yang jadi ayah...suma benda dia nak kena buat. Nasib baik mak aku cepat belajar so idop kami tak da la huru-hara sangat. Mak aku merupakan seorang wanita yang hebat...aku bangga ngan dia.

Tahun 1997 sekali lagi kami menerima tamparan yang hebat apabila tok aku plak meninggal...idop kami agak kelam-kabut coz pas ayah aku meninggal tok aku la yang banyak memberi semangat kepada kami. Tapi kami suma tetap tabah menghadapi dugaanNYA terutama sekali mak aku...dia merupakan seorang wanita yang kuat. Raya tahun tu kami tak sambut pun...suma dok kurung di umah ja coz kami tak tau ke mana kami harus tuju. Pagi raya tu ngan berpakaian raya kami gi masjid semayang raya and then pas tu balik umah beraya depan TV. Kuih raya ngan ketupat pun tak buat...kami just masak nasi ja tuk kami makan ngah ari tu. Umah plak tak dihias pun...dibiarkan berselerak cam tu ja.

Raya-raya tahun berikutnya dan seterusnya pun cam tu la gak, cuma ada la sedikit perbezaan. 1st kita tengok dulu persamaannya...pagi raya tu cam besa r, mesti la gi semayang raya. Pas tu tradisi umah terbuka, menghias umah cantik-cantik dan buat ketupat tidak diamalkan. Tu antara tradisi-tradisi raya yang kami amalkan setiap tahun, skunk kita tengok plak perbezaannya. Pas semayang raya kami akan pi raya sampai la malam...pas tu kami ada la gak beli sedikit kuih raya tuk santapan manusia yang tiba-tiba sesat ke rumah kami. Cam ni la cara aku beraya...besa-besa ja. Sebab tu r aku tak brapa kisah sangat...kat sini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir sahaja(batin tak da k)kepada suma. Kalo buat umah terbuka tu jangan lupa tuk jemput aku...duit raya kat aku tak dak ka? Hehe...


1 comments:

EPAR said...

salam lebaran.. maaf zahir batin..

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates